Tempat Meletak Kenderaan

SATU lagi kemudahan untuk keselesaan jemaah di sini ialah pembinaan tempat meletak motorsikal berbumbung di dua bahagian sisi bangunan masjid. Tujuannya ialah supaya motorsikal dapat diparkir di tempat yang tersusun dan mudah diperhatikan. Begitu juga terdapat tempat meletak kereta berbumbung untuk kegunaan para petugas utama masjid. Sementara tempat parkir yang tidak berbumbung juga banyak terdapat di sekitar kawasan masjid.