Dewan Besar (Untuk Sewaan)



Masjid Putra Nilai mempunyai sebuah Dewan Besar yang boleh memuatkan seramai 500 peserta  sesuai untuk penganjuran seminar, persidangan, kursus atau majlis keramaian seperti majlis walimatul urus dan sebagainya. Selain itu dewan ini juga dilengkapi kemudahan penghawa dingin, audio-visual dan rostrum.

 

   

Bagi yang berhajat mengadakan masjlis walimah, dewan ini selesa menempatkan 25 meja hidangan@ 8 pax (majlis makan bersaji) atau 1000 orang bagi majlis buffet berdasarkan ketetapan berikut:

  • Sewaan termasuk kemudahan dewan serta pendingin hawa  dan peralatan siaraya,
  • Disewakan dengan full-set, termasuk satu set meja hidangan pengantin dan dua set meja buffet,
  • Pakage sewa Dewan selama 8 jam ialah RM 1800.00 
  • Bayaran sewa penuh hendaklah dijelaskan satu minggu sabelum majllis diadakan .
  • Sewaan untuk majlis pengantin digalakkan menggunakan khidmat caterer yang berdaftar dengan masjid,
  • Bayaran RM200.00 dikenakan kepada Caterer luar / penyewa dewan sekiranya penyewa membawa caterer sendiri.
  • Bilik persalinan dengan kemudahan bilik air disediakan .
  • Tidak ada sewaan dikenakan untuk pemasangan peralatan majlis i.e pasang pelamin dll .
  • Sila muat turun borang untuk penempahan dan serahkan kepada petugas di kaunter Masjid .

  

Sebarang penyewaan atau penggunaan dewan tertakluk kepada kekosongan/tempahan. Pihak pengurusan juga bersedia membantu menyediakan khidmat pemasangan khemah tambahan sekiranya diperlukan dan bayaran adalah atas tanggungan dan persetujuan penyewa.

 
     
Gambar-gambar penyediaan dewan dengan tema warna yang lain boleh dilihat di gallery gambar atau terus sahaja klick di sini.

Untuk  pertanyaan dan tempahan mohon hubungi:

Nama: HJ Md Hanafiah b Md Nor @ PakNgah 
Tel: 016-2161049
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.