Tuesday June 25 , 2019
Text Size
   

Articles

Tips memilih dan mencari rakan sebilik atau teman serumah

Bagi sesiapa yang baru pertama kali tinggal berasingan dari keluarga kerana melangkah kaki ke alam pekerjaan atau baru sahaja mendaftar sebagai pelajar luar kampus, mencari bilik sewa atau rumah sewa adalah salah satu perkara baru yang mungkin jika tidak dibantu dengan sebetulnya mungkin akan mengalami pelbagai masalah dikemudian hari.

 

Tidak ramai antara kita yang sedar bahawa, mencari rakan serumah, rakan sebilik, bilik sewa atau rumah sewa tidak semudah yang disangka. Pelbagai perkara harus difikirkan dan diteliti sebelum sebarang kata putus diambil. Jika tidak kita mungkin akan berakhir berkongsi rumah, bilik dengan mereka2 yang hanya akan mendatangkan tekanan emosi dan fizikal, malah lebih teruk akan kerugian wang ringgit.

Berikut adalah cadangan yang mungkin dapat membantu anda dalam memilih rakan serumah/sebilik yang terbaik atau rumah/bilik sewa yang terbaik buat anda.

  1. Berterus terang pada kali pertama.
    Berterus teranglah berkenaan diri anda, apa yang anda suka dan tidak suka, dan personaliti rakan serumah dan sebilik yang anda mahukan. Ini akan dapat menjimatkan masa dan menyenang anda dikemudian hari. Jika anda tidak suka mengemas, bukan seorang pembersih, tidak suka binatang peliharaan, suka menonton tv, suka melayari internet, bermain muzik dll. Ini dapat membantu orang untuk mengenal anda dan membuat keputusan sama ada anda sesuai untuk berkongsi rumah atau bilik dengan anda. Jika tidak berkenan, sila terus terang dan nyatakan mereka bukanlah rakan serumah yang sesuai yang anda cari. cari rumah lain.
  2. Periksa kemampuan kewangan.
    Pastikan bakal rakan serumah/sebilik anda mampu untuk membayar sewa, nyatakan dengan jelas dan tegas bahawa jika gagal membayar sewa mengikut masa yang ditetapkan anda akan diusir keluar. ini dapat mengelakkan anda dari terpaksa menanggung beban kemudian hari.
  3. Periksa latar belakang.
    Jika anda kenal rakan2 bakal rakan serumah anda, terutama mereka yang pernah tinggal bersama dengan mereka, supaya anda dapat mengetahui personaliti sebenar mereka apabila tinggal bersama, adakah mereka pengotor, lewat bayar sewa, atau suka membawa rakan bukan sejantina kerumah.Ini adalah penting supaya anda tidak menyesal dikemudian hari.
  4. Kenal diri sendiri.
    Ya, kenal diri sendiri terlebih dahulu. Jika anda seorang yang lebih suka privasi dan tidak suka melibatkan diri dalam isu2 remeh temeh. anda lebih sesuai tinggal seorang atau sekurangnya berdua. Ini penting, terutamanya jika ada seorang yang sensitif dan seorang yang mudah terasa.

Category: info

Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Kini Sedang Online

We have 417 guests and no members online

Rekod Pelawat

653738
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
342
4952
14985
614225
100932
97953
653738

Your IP: 3.83.236.51
Server Time: 2019-06-26 01:43:39