Sunday August 25 , 2019
Text Size
   

Articles

Tips dan panduan sebelum ubah suai rumah

Setiap kali tiba musim perayaan, suri rumah adalah orang yang paling sibuk dalam bab-bab menyediakan keperluan untuk menyambut raya terutama menghias rumah. Tidak hairanlah jika rumah bertukar wajah setiap kali tibanya lebaran. Perhiasan seperti langsir dan sarung kusyen pasti akan bertukar baru.

Tidak kurang juga, bagi yang mempunyai wang lebih, mereka akan membuat sedikit pengubahsuaian kediaman untuk menampakkan kelainan. Begitu pun, jangan berlebihan dalam berbelanja tambahan pula dengan keadaan ekonomi kita yang tidak menentu.

1) pilih bahagian yang mahu diubahsuai

Melakukan pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang rapi supaya tidak ada sebarang masalah kaiak. Sebaiknya selidik dan buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum memilih siapakah pereka yang boleh melakukan kerja-kerja tersebut. Selain itu, pilih bahagian mana yang ingin diubahsuai terutama yang memerlukan pembaikan dan penting sahaja.

Tak perlu membuat pengubahsuaian keseluruhan kediaman kerana itu hanya akan membazirkan duit sahaja. Setelah membuat pilihan yang penting, tentukan berapa anggaran yang diperlukan bahagian tersebut.

2) beri kesan secara keseluruhan

Sebaiknya, pastikan bahagian yang dipilih untuk diubah itu mampu mempengaruhi nuansa rumah secara keseluruhan. Sebagai contoh, untuk bahagian dapur, pengubahsuaian untuk menampakkan keluasan secara tak langsung akan memberikan `jiwa' baru kepada penghuni di dalamnya. Malah, ia dapat memuatkan lebih ramai tetamu tatkala berkunjung di hari raya. Dalam masa yang sama juga, pemilihan warna baru tentunya menambahkan lagi keserian bahagian dapur tersebut.

Sebaiknya, berbincang terlebih dahulu dengan pakar cat ataupun pereka yang anda ambil sebelum memilih warna, bimbang nanti tidak sesuai dengan suasana di dalamnya.

3) buat perancangan rapi

Dalam pada itu, perancangan yang rapi akan memudahkan kerja selain tidak membuatkan anda menjadi kelam-kabut. Hindari untuk membuat perubahan di saat-saat akhir kerana ia akan membabitkan kos yang banyak.

Selain itu, tumpuan juga perlu diberikan dalam soal pemilihan perabot baru. Walaupun bahagian dapur yang diubah suai misainya tak memerlukan banyak perabot, namun tak ada salahnya jika anda mahu meletakkan perhiasan baru untuk menambahkan keserian bahagian tersebut.

4) guna semula perabot lama

Bagi yang ingin menjimatkan kos, gunakan kembali perabot lama. Apa yang perlu hanyalah idea yang kreatif untuk menghasilkan ruang yang cukup menarik. Sebagai contoh, meja belajar kayu yang sudah tidak di gunakan, boleh saja anda jadikan meja dapur. Bahagian atasnya boleh digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja-kerja memotong atau memasak, manakala almari bahagian bawahnya boleh anda gunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang-barang dapur. Bagi menampakkan kekemasan dan seakan-akan baru, anda boleh mengecatnya.

Apa yang pasti, ia sudah dapat menjimatkan sedikit kos anda dengan cara sebegini kan.

*This article has been schedule to be released. Credit goes to the original writer.

Category: info

Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Kini Sedang Online

We have 569 guests and no members online

Rekod Pelawat

884465
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
7
6519
6526
846007
102988
107693
884465

Your IP: 3.226.251.81
Server Time: 2019-08-26 00:03:37