Sunday July 21 , 2019
Text Size
   

Articles

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia

Anda baru nak mencari rumah sewa?

Lepas dah berpindah, aku ingin ceritakan tip mencari rumah sewa di Kajang ni. Cara ni boleh digunapakai oleh semua orang yang ingin cari rumah sewa. Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah tempat atau kawasan yang kita nak menyewa. Dengan teknologi sedia ada, gunakan aplikasi Google Map dalam pencarian kita tu.

Kan senang kerja. Tak perlu korang nak susah-susah turun padang dulu. Selepas sudah dapat pandangan lebar kawasan-kawasan yang kita nak menyewa, baru kita turun padang.

Ini antara tip dan panduan mudah cari rumah sewa yang aku dapat kongsikan untuk korang. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia dan perkara yang perlu diambil kira untuk memilih rumah sewa. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #1: Lokasi

Lokasi semestinya aspek yang sangat penting. Sama ada berhampiran dengan pusat bandar, universiti atau bus/tram/metro stop. Sebelum menandatangani kontrak, adalah sangat perlu untuk kita melawat dahulu rumah yang bakal disewa dan melihat lokasinya. Kadang-kala, apa yang tergambar di peta tidak menunjukkan lokasi yang sebenarnya.

Lokasi ini juga akan mempengaruhi harga rumah sewa. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #2: Jenis Rumah


Bagi rumah lama yang tidak di’renovate’, biasanya lebih murah. Sekiranya anda tidak kisah dengan rupa rumah anda, adalah lebih baik memilih rumah yang tidak di’renovate’.
Rumah yang murah biasanya rumah jenis pangsa (flat tinggi). Biasanya rumah seperti ini terletak di luar kawasan pusat bandar.

Untuk rumah dalam kawasan bandar, biasanya rumah seperti ini terletak satu blok dengan kedai-kedai atau pejabat-pejabat. Rumah seperti ini mahal sedikit kerana lokasinya dalam pusat bandar.

Bagi rumah banglo (villa), biasanya lebih luas dan mahal. Namun ada juga yang sangat murah. Rumah seperti ini biasanya dikongsi dengan tuan rumah.

Ada juga rumah yang terletak di loteng bangunan. Rumah seperti ini biasanya kecil dan rendah. Harganya pun lebih murah cuma bagi bangunan yang tiada lif, agak tinggi untuk didaki. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #3: Jumlah Bilik

Biasanya dalam sebuah rumah teres 2 tingkat akan mempunyai 2 bilik tidur kecil dan 1 bilik besar. Termasuk juga ruang tamu, dapur serta bilik air. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #4: Perabot

Ada rumah yang ditawarkan tanpa perabot (unfurnished). Kebanyakan rumah ialah fully furnished. Bagi yang unfurnished, anda perlu membeli sendiri perabot-perabot seperti meja, kerusi, katil, almari, peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya. Biasanya, rumahunfurnished disediakan hanya dapur memasak.

Untuk rumah yang fully furnished, semua perabot asas (kerusi, meja, peti sejuk, mesin basuh, almari, katil etc.) disediakan oleh tuan rumah. Jika ada perabot yang tidak mencukupi, anda boleh minta daripada tuan rumah.

Kadar sewa bulanan rumah yang unfurnished dengan yang fully furnished adalah berbeza. Sekiranya anda ingin berjimat dalam membayar sewa bulanan, anda boleh memilih rumah yang unfurnished, tapi perlu membeli perabot-perabot yang diperlukan. Banyak perabot murah boleh didapati di IKEA atau kedai second hand.

Bezanya, anda dapat berjimat secara bulanan, tapi terpaksa membayar lebih ketika mula-mula menyewa. Dan anda perlu memikirkan bagaimana menjual semula perabot yang telah dibeli selepas tidak digunakan. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #5: Internet, Elektrik dan Air

Ada sewa rumah yang dibayar sekali dengan bil internet, elektrik dan air. Untuk rumah jenis ini, anda tak perlu fikir tentang bil. Namun banyak juga tuan rumah yang hanya menerima sewa rumah tetapi bil internet, elektrik dan air perlu dibayar sendiri oleh penyewa. Untuk rumah seperti ini, anda perlu mendaftar di syarikat internet, elektrik dan air atas nama anda sendiri. Setiap bulan anda perlu membayar bil-bil tersebut secara online atau terus di kaunter. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #6: Keluasan dan Ketinggian Rumah

Lebih luas rumah yang anda sewa, lebih mahal bayaran bulanannya. Seeloknya, pilih rumah yang tidak terlalu luas untuk mengurangkan sewa rumah. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #7: Jenis Dapur

Lazimnya rumah sewa akan menggunakan dapur gas, ada yang menggunakan hot plate dan ada yang menggunakan induction. Anda perlu melihat mana yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Ada dapur memasak yang disertakan dengan ketuhar (oven). Ada juga yang hanya dapur memasak. Bagi anda yang gemar membuat kek, anda perlu pastikan ada oven di rumah. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #8: Agen


Ada banyak agen perumahan yang menawarkan rumah sewa. Ada yang boleh dipercayai, ada yang tak bagus. Seeloknya cari agen yang familiar dengan keperluan students kerana lebih mudah berurusan dengan mereka. 


Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #9: Tuan Rumah

Sebelum menyewa, anda perlu juga kenal sedikit sebanyak dengan tuan rumah. Ada tuan rumah yang begitu baik, happy go lucky, pemurah dan ceria. Ada juga yang kedekut, cerewet, tak bertimbang-rasa dan bermuka masam.

Ada yang muda, ada yang sangat tua. Semua ini akan memainkan peranan dalam berurusan pada masa-masa akan datang. 

Tips dan panduan mencari rumah sewa di Malaysia #10: Deposit

Sebelum memulakan sewaan, biasanya penyewa perlu membayar deposit. Deposit biasanya sama harga dengan sebulan sewa. Ada juga tuan rumah yang minta 2 bulan sewa sebagai deposit. Deposit ini akan disimpan oleh tuan rumah sehingga tamat sewaan. Di akhir sewaan, tuan rumah akan mengira kerosakan yang dibuat di rumah berkenaan dan akan mengambil dari deposit untuk menanggung kos baik kerosakan. Selebihnya akan dipulangkan kepada penyewa.

Akhir sekali, nasihat kami ialah, sebelum anda menandatangani kontrak menyewa rumah, pastikan anda telah melihat sendiri rumah tersebut dan berpuas hati dengan segala yang ada di situ. Pastikan anda dan housemates telah sebulat suara untuk memilih rumah tersebut. Pastikan juga kontrak yang anda tandatangan, anda berpuas hati dengan isinya.

Jika anda pandai tawar menawar, jangan berat mulut untuk minta diskaun daripada agen. Jika anda mahukan apa-apa tambahan daripada tuan rumah, jangan segan silu untuk minta. Boleh jadi dia akan bagi, boleh jadi tidak. Tapi tak rugi kalau minta.

Jika ada kekeliruan, jangan gopoh untuk terus menyewa. Dapatkan pandangan daripada senior atau rakan-rakan yang lain. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua dalam membuat keputusan mencari rumah sewa idaman anda.

Setelah rumah telah disewa, banyakkan bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberikan kita nikmat tempat berlindung yang baik. Hidup suburkan rumah baru anda dengan alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Lazimkan solat berjemaah dengan housematestercinta. Hiduplah dengan penuh rasa hormat-menghormati dan toleransi. Moga-moga kehidupan kita seharian mendapat redha dan berkat daripada Allah s.w.t.

Category: info

Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Kini Sedang Online

We have 295 guests and no members online

Rekod Pelawat

740837
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1570
4184
1570
714535
67053
120978
740837

Your IP: 18.206.241.26
Server Time: 2019-07-21 10:44:35