Tuesday April 23 , 2019
Text Size
   

Articles

Tips untuk memilih rumah atau bilik sewa.

Kini pertambahan pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi menyebabkan pihak universiti tidak dapat menyediakan kolej kediaman yang cukup untuk semua pelajar membuatkan mereka harus mencari penempatan sensiri samada dengan menyewa rumah atau bilik. Walau bagaimanapun bagi yang baru pertama kali mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran kerana tiada pengalaman dalam hal ini. Secara lazimnya 2 perkara asas yang perlu anda fikirkan sekiranya anda sedang mencari rumah atau bilik sewa.

 

 

  1. Kenal pasti bujet anda.

    • carilah rumah atau bilik sewa didalam linkungi bujet anda.
    • Pastikan bayaran masuk bulan pertama itu adalah munasabah dengan kondisi rumah atau bilik dan jarak antara rumah atau bilik itu dengan tempat kerja atau kampus anda.
    • Adalah normal jika bayaran sewa lebih tinggi dikenakan jika rumah/bilik sewa itu mempunyai fasiliti seperti kolam renang, gymnasium dll.
    • Jika anda rasa bayaran sewa bilik bulanan yang dikenakan ketua rumah tidak munasabah, hubungi tuan rumah dan konfirmkan berapakah sewa rumah yang dikenakan keatas rumah tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan anda dari ditipu oleh ketua rumah yang mengambil untung atas angin dengan mengenakan bayaran tambahan terhadap ahli rumah yang baru menyewa.

  2. Plih lokasi terbaik dan tepat buat anda. Kenal pasti lokasi rumah atau bilik sewa yang terbaik buat anda dari segi kos, masa dan sebagainya. Antaranya

    1. Jika anda seorang pengguna internet tegar, pastikan rumah dan bilik sewa itu terletak dalam linkungan radius 5km dari ibusawat telekom.Pastikan lokasi rumah/bilik berada dalam linkungan perkhidmatan telefon mudah alih, dan kualiti kelajuaan internet berada dalam keadaan yang anda mahukan.
    2. pastikan lokasi itu berada dalam zon yang selamat terutamanya jika anda seorang perempuan.
    3. pastikan lokasi kemudahan awam, kenderaan awam, LRT, Bas, dan lain2 adalah berdekatan jika anda pengguna kenderaan awam.
    4. pastikan lokasi kedai makanan, dsb adalah berdekatan jika anda tidak memasak sendiri.



Terma Bayaran

  • Deposit.
    Pastikan deposit yang dikenakan adalah munasabah. Pastikan resit bayaran diberikan setiap kali pembayaran dibuat atau sekurangnya dicatat pada buku log untuk mengelakkan kekeliruan bayaran dikemudian hari.
  • Sewa.
    Pastikan kadar sewa adalah munasabah mengikut keadaaan rumah dan logik mengikut akal.
  • Bil utiliti
    Pastikan anda hanya membayar bil bagi kegunaan yang anda guna. Adalah lebih baik talian telefon tetap tidak dipasang pada rumah bujang. Ini adalah untuk mengelakkan masalah bil dikemudian hari. cuba elakkan dari berkongsi. Adalah lebih, jika anda mahu talian tetap atau broadband, pohonlah untuk kegunaan sendiri.
  • Berkongsi bayar.
    Ada perkara yang boleh dikongsi ada yang tidak. Elakkan dari berkongsi bayaran untuk pembelian perabot, perkakas rumah. Ini adalah penting untuk mengelakkan isu apabila berpindah rumah kelak. Makanan boleh berkongsi mengikut budi bicara masing-masing.

Category: info

Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Kini Sedang Online

We have 254 guests and no members online

Rekod Pelawat

440252
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
307
2428
7290
414343
63560
89218
440252

Your IP: 54.235.4.196
Server Time: 2019-04-24 02:27:42